suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengetua, Dua Anak Lelaki Maut Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur

KUANTAN: Seorang pengetua sekolah dan dua anak lelakinya terbunuh apabila MPV yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur.

Menurut pihak polis, Nor Hayati Ghazali, 58, yang sebelum ini merupakan Pengetua SMK Sungai Soi dan anak-anaknya Muhammad Amirul Afiq Hamdan, 17, dan Muhammad Amirul Hakeem Hamdan, 13, sedang menaiki Toyota Inova apabila ia tiba-tiba terpesong ke kiri jalan dalam kemalangan yang berlaku di Km 107.9 lebuh raya.

Nor Hayati dan Muhammad Amirul Afiq tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Amirul Hakeem meninggal dunia di wad kecemasan hospital Temerloh dalam kejadian pada pukul 7.45 petang Ahad.

Pemandu dan penumpang lain mengalami kecederaan ringan.
pengetua, kemalangan

Artikel Lain