suria

JBPM Pulau Pinang Pindah Ke Pejabat Baru Hujung Bulan Ini

BATU KAWAN:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang akan berpindah ke Ibu Pejabat baharu di Seberang Perai Selatan, di sini akhir bulan ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan) JBPM Datuk Amer Yusof berkata ibu pejabat baharu di kawasan seluas 2 hektar yang menelan kos kira-kira RM17 juta itu, siap dibina bulan lepas.

"Perpindahan Ibu Pejabat baharu ini adalah selari dengan keperluan bagi mengimbangi pembangunan pesat negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek di sini, Isnin.

Beliau berkata pembinaan dan kelengkapan serba moden akan ditempatkan di ibu pejabat baharu ini, selari dengan keperluan jabatan itu.

"Saya diberitahu seramai 80 pegawai akan menetap di pejabat baharu ini termasuklah bahagian pengurusan, latihan, operasi dan siasatan," katanya.

Tambahnya, ibu pejabat lama di Prai akan dijadikan sebagai balai JBPM.
JBPM, Pulau Pinang, pindah

Artikel Lain