suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Johor Zahir Takziah Kemangkatan Sultan Azlan Shah

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengetuai kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera mengaminkan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Khamis. -fotoBERNAMA
JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Khamis menzahirkan sembah takziah atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Rabu.

Sultan Ibrahim menzahirkan sembah takziah itu dalam titah baginda pada majlis perasmian pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini.

"Saya dan seluruh rakyat negeri Johor ingin mengucapkan takziah kepada Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan keluarga atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada Rabu.

"Mudah-mudahan roh Almarhum akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin," titah baginda.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain