suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Australia Mengaku Tidak Salah Tipu Pelaburan Jual Beli Saham

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Australia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu terhadap pertuduhan menipu seorang pengarah sebuah syarikat berhubung pelaburan jual beli saham pada Oktober tahun lepas.

Robert Alexander Dowling, 57, didakwa menipu dengan memperdaya Lai Pui Weng, 40, untuk mempercayai wujudnya urusan pelaburan jual beli saham dari Amerika Syarikat sehingga mendorong mangsa menyerahkan sekeping cek Standard Chartered Bank bernilai RM157,000 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Tun Dr Ismail pada 3.39 petang, 7 Oktober 2013.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin tidak menawarkan jaminan. 

Hakim Norsharidah Awang menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes.

penipuan, saham, Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain