suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar Pengangguran Turun Kepada 3 Peratus Pada Mac 2014 - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata kadar pengangguran di Malaysia turun kepada 3.0 peratus pada Mac 2014. 

Berikutan prestasi mengagumkan itu, Perdana Menteri merakamkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang berusaha untuk memastikan pasaran pekerjaan di negara ini sentiasa stabil.

"Saya ucap terima kasih kepada semua sektor yang bekerja keras untuk memelihara kestabilan pasaran pekerjaan kita," kata Najib melalui laman Twitter beliau.

Beliau berkata demikian untuk merujuk kepada siaran Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia bagi Mac 2014 yang menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia ialah 3.0 peratus pada bulan berkenaan, turun 0.2 peratus daripada 3.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut laporan itu, yang dikeluarkan semalam (26 Mei), setakat Mac 2014, terdapat 13,843,500 tenaga buruh di Malaysia dan daripada jumlah itu, 13,427,800 mendapat pekerjaan, manakala 415,700 lagi masih menganggur.

Artikel Lain