suria

Abu Backer Masih Sah Sebagai Calon - SPR

GEORGE TOWN: Peguam Abu Backer Sidek Mohamad Zan masih kekal sebagai calon  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pengundi masih boleh memilih beliau kerana namanya telah dicetak pada kertas undi.

"Pengundi masih boleh pilih dia sebab nama dia tak boleh dikeluarkan dari kertas undi," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Abu Backer yang menarik diri daripada bertanding pada saat akhir malam Sabtu.

Jelas beliau, mana-mana calon yang bertanding tidak boleh menarik diri selepas nama mereka diumumkan sebagai calon pada 12 Mei lalu.

"Selepas nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO)  mereka tak boleh menarik diri.

"Sebab itu mereka sudah diberi tempoh sejam untuk buat keputusan, tak boleh main-main," katanya.

Abdul Aziz berkata, peraturan tersebut telah dikuatkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

Bukit Gelugor

Artikel Lain