suria

Bekas Exco Johor Dr Robia Kosai Meninggal Dunia

MUAR: Bekas Exco kerajaan negeri Johor, Dr. Robia Kosai meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Tawakal Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang akan dibawa ke Kampung Parit Bali, Parit Jawa, Sungai Balang, Muar malam ini. 

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang juga anggota Parlimen Muar, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Muar bagi urusan pengebumian esok. 

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Parit Subari, Sungai Balang kira-kira 9.30 pagi, kata Razali yang juga Ketua Umno Bahagian Muar. 

Allahyarham yang dilahirkan di dalam keluarga pejuang Umno menjadi anggota Parlimen Muar daripada 1999 hingga 2004, manakala daripada 2004 hingga 2013 selama tiga penggal menjadi anggota DUN Sungai Balang. 


Dr Robia Kosai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain