suria

Gangguan Ketika Kempen Hanya Taktik Murahan Politik Samseng - Dyana

Dyana bersama penduduk melakukan senaman Taici di Taman Indah Jaya pada Khamis.
TELUK INTAN: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menganggap pihak tertentu yang mengganggu kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hanya sekadar taktik murahan dalam budaya politik samseng.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mahu berpolitik, ia sepatutnya dilakukan secara matang tanpa elemen negatif.

"Apa ini? Kita hendak berkempen, tak kan (pengacau) nak buat taktik murahan sebegini.

"Politik gangster, politik samseng ini kita tolak. Kita juga tolak politik perkauman dan politik barang naik," katanya pada ceramah di Taman Melor di sini, malam Khamis.

Bagaimanapun, ceramah yang turut dihadiri Ahli Parlimen PAS-Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) itu berlangsung dalam keadaan hambar berikutan hujan sejak petang, Khamis.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang, Rabu, sekumpulan lelaki mengganggu kempen Dyana di pasar malam Taman Rumah Awam, Kampung Padang Tembak, di sini.

Bagaimanapun, calon DAP berkenaan bersama jentera parti meneruskan kempen sebelum beredar dari lokasi berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain