suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panda Fu Wa Suka Mandi - Dr Veterinar

Fu Wa dan Feng Yi
KUALA LUMPUR: Panda gergasi Fu Wa yang berusia lapan tahun dari Chengdu suka memercikkan air dan mandi untuk tempoh masa yang lama. 

"Jika anda biarkan Fu Wa, boleh main dalam air sehari suntuk," kata doktor veterinar China, Dr Li Caiwu yang tiba di Malaysia bersama dua ekor panda berkenaan pada Khamis. 

Rakan Fu Wa, Feng Yi pula mempunyai sikap yang berbeza, menurut doktor veterinar itu ia seekor panda yang takut dengan orang yang baru dikenalinya. 


"Feng Yi sangat takut pada mulanya, sebaik sahaja ia biasa dengan anda, ia sangat mudah mengenali anda melalui derapan tapak kaki dan ia akan berlari ke arah anda," kata Dr Li yang menjaga dua ekor panda berkenaan sejak  mereka masih kecil. 

Dr Li dalam satu temubual eksklusif bersama The Star di Zoo Negara pada Khamis berkata, dua ekor panda berkenaan sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru namun mereka masih lagi menunjukkan perasaan takut. 


Fu Wa, Feng Wi, panda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Muhammad Taib 'Serang' BN

Artikel Lain