suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerakan Kecam DAP Kutip Derma

TELUK INTAN: Parti Gerakan mengecam tindakan DAP yang didakwa membuat kutipan derma daripada rakyat dalam beberapa ceramah dan jamuan yang diadakan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Penasihat Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, DAP sekarang bukan lagi DAP sebelum 2008 yang kekurangan dana.

"DAP kini merupakan parti yang sudah kaya dan mempunyai banyak bangunan sendiri.

"Malah ada di antara pusat khidmat yang mereka bina juga lebih selesa dan canggih berbanding pusat khidmat BN (Barisan Nasional)," katanya di sini, Khamis.

Ko Youn berkata, apa yang dilakukan DAP itu hanya cuba untuk meraih undi simpati dengan memberitahu rakyat kononnya tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Tambahnya lagi, kemewahan parti itu dilihat ketara menerusi pembelian iklan yang diterbitkan di beberapa akhbar berbahasa Cina hampir setiap hari.

"Ia (iklan) sudah tentu memerlukan kos yang tinggi tetapi mereka masih lagi meminta dana dan derma daripada rakyat.

"Apa yang dilakukan DAP itu menipu rakyat dan tidak tahu ke mana ia digunakan," dakwanya.

Artikel Lain