suria

Jangan Cabuli Dewan Undangan Negeri - Wan Junaidi

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

GEORGE TOWN: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sesiapa yang ada perasaan marah atau benci selepas mendengar ucapan wakil rakyat tidak boleh boleh merempuh masuk ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam apa jua alasan.

Beliau berkata, tidak kira sama ada wakil rakyat membuat ucapan dalam dewan, mereka tidak ada sebab untuk merempuh masuk ke 'tempat suci itu'.

"Mereka boleh buat demonstrasi tetapi perlu menunggu di luar.

"Imuniti diberi kepada ahli dewan supaya mereka boleh bercakap bebas sebagai wakil rakyat, kecuali komen yang menghasut. Jika ada, laporan polis akan dibuat," jelas Wan Junaidi pada sidang media di Kompleks Masyarakat Penyayang, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang Rabu, sekumpulan 200 lelaki merempuh pagar utama DUN dan menceroboh sesi sidang wakil rakyat itu kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer  yang dianggap biadab apabila menyebut "Celaka, Celaka, Celaka Umno."

Dr Wan Junaidi

Artikel Berikut

Artikel Lain