suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diesel Dirampas Dalam Rumah Tak Bernombor

Gambar Hiasan. KPDNKK memperhebatkan operasi diesel kerana ada pihak bertindak menyeludup bahan api itu.
RAWANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas kira-kira 15,000, liter diesel dalam serbuan di Kampung Sungai Bakau dalam Operasi Titik pada malam Isnin.

Operasi yang diketuai Basaruddin Mohiyuddin bersama 15 anggota penguatkuasa itu menyerbu premis tanpa nombor yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan diesel subsidi.

Serbuan khusus untuk membanteras kegiatan yang merugikan kerajaan itu turut merampas sebuah lori dengan nilai rampasan keseluruhan RM84,000.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan  Bekalan 1961.

diesel, KPDNKK, Rawang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain