suria

PRK Teluk Intan: Perkembangan Semasa Proses Penamaan Calon

TELUK INTAN: Berikut adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang sedang berlangsung di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, Isnin:


 

10.10 pagi: Parti Berjasa dalam satu kenyataan, mengumumkan ia menarik diri daripada bertanding bagi mewakili Bebas pada PRK Teluk Intan dengan harapan calon DAP menyokong usul hudud di Parlimen.

10.00 pagi: Pegawai Pengurus SPR PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan penamaan calon ditutup.

9.00 pagi: Pengawai Pengurus SPR PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan pencalonan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi. Mah dari BN merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja proses penamaan dibuka pada pukul 9 pagi diikuti Dyana dari DAP. Mah dicadang oleh Setiausaha Agung MCA Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan disokong oleh Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaludin. Dyana pula dicadang oleh ahli DAP, Chang Kok Lim dan disokong ahli parti Pooi Weng Keong.

8.55 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tiba bersama para penyokong di luar SMK Seri Perak.

8.45 pagi: Antara lain kelihatan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Liow Tiong Lai di khemah BN di kawasan SMK Seri Perak.

8.42 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di SMK Seri Perak. Turut serta Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin.

8.40 pagi: Para penyokong Barisan Nasional (BN) mula tiba di tempat berkumpul di padang berhampiran SMK Seri Perak.

7.50 pagi: Petugas SPR memasuki pusat penamaan calon. Petugas media mula berkumpul di luar pintu masuk.

7.30 pagi: Sepasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mula berada di padang di hadapan sekolah untuk membuat persediaan.

7.15 pagi: Sekumpulan polis turut berada di sepanjang jalan menghala ke SMK Seri Perak.

7.00 pagi: Sekumpulan polis trafik sudah mula mengawal lalu lintas di jalan utama di Jalan Changkat Jong yang menghala ke pusat penamaan calon.






 





penamaan calon, PRK Teluk Intan

Artikel Sebelum

Dyana Tolak Isu Perkauman

Artikel Lain