suria

Isu Peghijrahan Pensyarah Perubatan: Jawatankuasa Ditubuh

Dr Morshidi Sirat

PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi untuk mengkaji isu penghijrahan beramai-ramai oleh pensyarah perubatan di universiti awam.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Morshidi Sirat berkata, jawatankuasa itu diketui oleh Ketua Setiausaha II kementerian, Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

"Kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Universiti yang mempunyai Fakulti Perubatan juga akan menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, jawatankuasa itu telah ditubuhkan sejak dua minggu lalu berdasarkan arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Morshidi memberitahu, terdapat sembilan universiti awam yang mempunyai Fakulti Perubatan dan 20 pusat pengajian swasta  turut menyediakan program sama.

"Nisbah antara pensyarah dan pelajar ketika ini ialah 1:4 (klinikal) dan 1:6 (bukan klinikal). Mereka perlu memenuhi nisbah tersebut jika mahu mendapat akreditasi daripada Majlis Perubatan.

Muka depan akhbar The Star, melaporkan berlaku penghijrahan pensyarah perubatan dari univerisiti awam kerana didakwa mendapat bayaran gaji yang tidak setimpal.

Daripada jumlah tersebut terdapat seramai 38 pensyarah berhenti dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan kebanyakkan mereka mempunyai pengalaman lebih 20 tahun.

USM

Artikel Berikut

Artikel Lain