suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri TPM Hadiri Program Meriah Mesra Taska

Noorainee (duduk, tiga dari kanan) melihat lukisan di tangan seorang kanak-kanak pada majlis meriah mesra bersama kelaurga dan guru di Taska Ayu Manja di Menara Seri Wilayah di sini, Ahad.

PUTRAJAYA: Isteri timbalan perdana menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman meluangkan masa bermesra dengan ibu bapa, guru dan kanak-kanak di empat Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang dijalankan beberapa kementerian di sini, Ahad.

Program sehari itu membabitkan Taska Ayu Manja Playgroup; Taska Permata Ayu Manja Saleha (Kementerian Pendidikan); Taska Nur (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Taska Sejahtera yang dikendalikan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Lebih 100 ibu bapa, guru dan kanak-kanak terbabit dalam program itu yang diisi dengan pelbagai aktiviti riadah serta pendidikan kanak-kanak prasekolah.

Turut hadir, Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengarah Urusan Ayu Manja Sdn Bhd, Datin Radziah Mohd Daud.

Norainee yang hadir merasmikan program itu turut melawat gerai jualan di situ.


Artikel Berikut

Artikel Lain