suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Hadiri Majlis Persandingan Anak Ahmad Said

KEMAMAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis persandingan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong di sini Sabtu.

Turut memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lepas.

Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir ke majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.

Khamis lepas, perdana menteri menyatakan hasrat beliau untuk hadir ke majlis persandingan anak kedua Ahmad sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

Artikel Lain