suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lori Bawa Tong Bir Terbalik

Petugas mengalihkan tong-tong kosong bir yang terjatuh dari lori.
BUTTERWORTH: Sebuah lori mengangkut tong bir kosong terbalik selepas pemandunya hilang kawalan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran tapak Expo Seberang Jaya di sini.

Beberapa orang pekerja Plus Malaysia Bhd berkata tayar hadapan sebelah kiri lori dengan muatan lapan tan itu pancit berhampiran bulatan Seberang Jaya.

Mereka berkata lori itu tersasar di sebelah kiri jalan dan terbalik dalam kejadian pukul 2.15 petang Jumaat.

Pemandu yang mengalami kecederaan serius dilaporkan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.

Beberapa saksi berkata sebuah kereta Proton Wira dan motosikal juga telah terlibat dalam kemalangan tersebut.

Penunggang motosikal cedera manakala pemandu kereta melarikan diri.
lori terbalik, bir, Seberang Jaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain