suria

Budak 5 Tahun Rentung, Datuk Dan Sepupu Melecur

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api daripada merebak ke kawasan perumahan lain dalam satu kebakaran yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung, manakala datuk dan sepupunya, yang merupakan orang kurang upaya, melecur selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran pada Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah di sini, kejadian berlaku di Jalan Tuaran Bypass, Kampung Inanam Laut Kalansanan dekat sini pukul 11.26 pagi.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di tempat kejadian empat minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 11.51 pagi.

Lelaki berumur 60-tahun itu melecur di tapak tangan, tapak kaki dan bahagian belakang, manakala kanak-kanak perempuan OKU berumur enam tahun pula melecur di bahagian muka.

Punca kejadian sedang siasat dan mayat kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat, manakala dua mangsa lain dihantar ke Hospital Likas dekat sini untuk menerima rawatan.

Kota Kinabalu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain