suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Rahib

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes serangan dan samun ke atas dua orang rahib di Gereja Visitation di Jalan Yam Tuan, Seremban pada Rabu lepas dan menegaskan kes itu berupa kes jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan sentimen agama.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata pasukan itu ditubuhkan di peringkat kontinjen negeri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, dua orang rahib yang berumur 69 dan 79 tahun sedang berada di pintu hadapan gereja tersebut apabila dipercayai diserang seorang lelaki dengan menggunakan topi keledar.

Kedua-dua mereka cedera dan didapati tidak sedarkan diri. Beg tangan mereka yang mengandungi wang dan telefon bimbit turut hilang.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan hina yang dilakukan orang pengecut.
 
"Kedua-dua rahib itu merupakan orang tua dan memukul mereka sehingga seorang daripada mereka koma merupakan perbuatan tidak berperikemanusiaan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berharap orang ramai tidak menjaikan kes itu sebagai isu agama.

kes samun, rahib

Artikel Lain