suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Selamat Menyambut Hari Keluarga Antarabangsa Kepada Rakyat Malaysia

Gambar Najib bersama keluarganya yang diambil dari laman Facebooknya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Keluarga Antarabangsa' kepada seluruh rakyat Malaysia serta menyeru mereka supaya berusaha meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.

"Kita adalah satu keluarga besar dalam semangat 1Malaysia. Keluarga yang menyatupadukan masyarakat, membina negara," kata Perdana Menteri dalam laman Facebooknya.

Najib juga berkongsi gambar yang menunjukkan beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, ibunya Tun Rahah Mohd Noah serta anak mereka, Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Hari Keluarga Antarabangsa, yang disambut pada 15 Mei setiap tahun, merupakan hari untuk memperingati betapa pentingnya keluarga bagi manusia dan masyarakat di seluruh dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain