suria

Ibu Bapa Kanak-Kanak Lelaki Hilang Ditahan

Ibu bapa kanak-kanak hilang, Low Min You ditahan reman selama tiga hari.
KOTA KINABALU: Kes kanak-kanak hilang Low Min You yang berusia tiga tahun menjadi semakin rumit berikutan penangkapan ibu bapanya.

Low Yee Sheng, 31, dan isterinya Yong Siew Yee, 26, ditahan apabila mereka hadir di balai polis daerah Kota Kinabalu di Karamunsing pada petang Rabu.

Low, yang merupakan pemasang kamera litar tertutup dan Yong sebelum ini telah diminta untuk pergi ke balai polis.

Mereka hadir pada pagi Rabu sebelum Penolong Kanan Pendaftar Danny Buaya di Mahkamah Majistret di sini tiba, di mana pegawai penyiasat Insp Shreethran Balan memohon menahan reman pasangan itu selama tujuh hari.

Peguam, Ram Singh bagaimanapun, membantah dengan mengatakan bahawa Low dan Yong masih mempunya anak untuk dijaga di rumah.

Danny kemudiannya menetapkan tempoh reman selama tiga hari sehingga Sabtu.

Dipercayai ibu bapa kanak-kanak tersebut telah ditangkap berikut kenyataan bertentangan mereka yang telah diberikan kepada pihak polis.

Penangkapan ibu bapa kanak-kanak itu dilakukan sehari selepas Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata bahawa beliau hairan terhadap kurangnya maklumat mengenai di mana budak lelaki itu berada.

Min You dilaporkan hilang pada 9 Mei selepas bapanya meninggalkannya di dalam kereta dan pergi ke tandas di sebuah stesen minyak di Kampung Air di sini kira-kira pukul 5.50 pagi.

Kenderaan itu ditemui beberapa jam kemudian di Signal Hill, kira-kira 2.5km dari tempat ia ditinggalkan, tetapi Min You tidak ada di dalamnya.

Sementara itu, polis memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin dan memaklumkan pihak berkuasa serta-merta sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang di mana Min You berada.
Low Min You, kanak-kanak hilang

Artikel Lain