Susulan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah tampil menafikan dakwaan beberapa laman blog berkenaan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya apa yang disebarkan dalam blog bahawa 17 Mei adalah cuti umum khas," katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini, Khamis.
Mazlan menjelaskan bahawa hari Sabtu sememangnya hari cuti hujung minggu di Terengganu.
Pada masa sama, Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) turut menafikan dakwaan bahawa Ahmad Razif bersetuju memberi cuti umum itu.
UKOM menegaskan bahawa penyebaran berita palsu itu sebagai perbuatan keji dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin berkenaan.
Pemeriksaan menunjukkan akaun Facebook milik Ahli Parlimen Kuala Nerus (PAS), Dr Khairuddin Aman Razali turut menyebarkan dakwaan palsu mengenai cuti umum berkenaan.
Beliau memuat naik status di akaunnya dengan mendakwa Ahmad Razif meminta seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira bangsa dan fahaman politik hadir beramai-ramai ke majlis kenduri tersebut bagi mengenang jasa mantan menteri besar itu sepanjang mentadbir Terengganu.Dr. Khairuddin turut menulis kononnya, kerajaan negeri juga akan menyediakan bas untuk memudahkan orang ramai ke majlis tersebut yang akan bertolak dari pejabat daerah di setiap daerah negeri Terengganu.


