Tak Perlu Sidang DUN Tergempar - Ahmad Razif - Semasa | mStar

Tak Perlu Sidang DUN Tergempar - Ahmad Razif

PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menolak cadangan PAS supaya diadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir itu berkata, beliau dan kepimpinan kerajaan negeri enggan melayan permintaan PAS yang disifatkan cuba mengambil kesempatan terhadap masalah dalaman Umno Terengganu.

"Tak perlu adakan sidang DUN tergempar...tak payah layan mereka ini.

"Itu memang kerja mereka (membangkang) dan ambil kesempatan," katanya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu.

Tambah Ahmad Razif, isu kemelut politik Terengganu kini dianggap selesai selepas Barisan Nasional kembali mempunyai majoriti selesa di DUN selepas Adun Bukit Besi, Roslee Daud kembali menyertai Umno.

Malah katanya beliau optimis BN akan berjaya mewujudkan kembali status quo di DUN Terengganu dengan 18 kerusi termasuk Speaker apabila dua lagi Adun, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal) dan Ghazali Taib (Ajil) kembali menyertai Umno.

"Keadaan akan kembali normal, jumlah pecahan kerusi akan balik kepada asal seperti selepas PRU-13.

"Jadi tak ada apa-apa isu yang perlu kita debatkan lagi," katanya.

Terengganu menjadi tumpuan sejak Isnin lalu selepas Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan mengumumkan keluar Umno serta menjadi wakil rakyat Bebas.

Ghazali turut mengikut jejak Ahmad pada hari sama, manakala Roslee pada keesokkannya.

Bagaimanapun, Roslee bertindak menarik balik surat keluar Umno pada hari sama, manakala Ahmad dan Ghazali mengumumkan perkara sama petang Selasa.


Artikel Berikut

Sulaiman KP JPN Baharu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain