suria

Cari Warga Asing, Jumpa Dadah 11 KG

KUALA LUMPUR: Pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dicari tetapi dadah yang ditemui oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 di Ladang Kepala Sawit Sabak Bernam pada Selasa.

Syabu seberat 11.5 kilogram itu ditemui ketika seramai 12 anggota PGA ke lokasi tersebut bagi mengesan Pati warga Indonesia yang melarikan diri semasa Operasi Nyah 1 dilakukan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Noor Rashid Ibrahim, ketika mencari Pati, kumpulan anggota PGA telah menemui sebuah beg galas yang berkunci di bawah pokok kelapa sawit.

"Apabila membuka beg tersebut, anggota mendapati terdapat bungkusan dadah jenis syabu dan ia kemudian diserahkan kepada bahagian narkotik untuk siasatan lanjut.

"Hasil penemuan berkenaan, polis percaya aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan yang pernah dibendung kembali aktif. Sekinchan, Sabak Bernam dan kawasan berdekatan pernah menjadi pusat transit utama bagi sindiket pengedaran dadah Indonesia ke negara kita sebelum ini.

"November tahun lalu kita menahan tiga warga Indonesia di kawasan tersebut  dan merampas berpuluh ribu pil ecstacy. Oleh itu fokus akan terus diberikan di kawasan itu selepas ini supaya aktiviti pengedaran dadah dapat dibanteras," katanya pada sidang media, Rabu.

Narkotik

Artikel Lain