suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PDRM Terima Anugerah Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta kejayaan apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Geospatial Antarabangsa bagi kategori keselamatan awam daripada Forum Sedunia Geospatial.

Anugerah dimenanginya bagi prograGeographic Information System (GIS) Webm pembangunan bandar raya selamat bertajuk 'Safe City Monitoring Systems (SCMS): Based Application in Crime Monitoring in Malaysia Context' di bawah inisitaif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan 1.0.

Setiausaha PDRM Datuk Ramli Din berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dijemput untuk menerima anugerah pada Forum Geospatial Sedunia 1014 di Geneva, Switzerland pada Khamis.

"Ia merupakan pengiktirafan kepada PDRM dalam usaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang awam," katanya.

Beliau berkata, forum itu dianjurkan dengan perkongsian SwissTopo dan Kumpulan mengenai Pemerhatian Dunia dan Geospatial telah memperoleh perkongsian strategik dengan Suruhanjaya Ekonomi Eropah PBB, Pusat Kajian Bersama (Suruhanjaya Eropah), Dutch Kadaster dan pelbagai pertubuhan rakan kongsi sedunia lain.

Ramli berkata, sistem SCMS dibangunkan pada 2004 untuk menangani jenayah harta benda seperti ragut, rompakan, mencuri motosikal, mencuri kereta, mencuri kenderaan komersial dan pecah rumah.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain