suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Bukit Gelugor: DAP Umum Calon Sabtu Ini

GEORGE TOWN: DAP akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada Sabtu ini.

Anak ketiga mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh merupakan antara calon yang disenarai pendekkan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pengumuman itu dijangka akan dibuat pada tengah hari Sabtu ini selepas pelancaran pusat operasi PRK parti itu di Island Park, Jalan Masjid Negeri.

DAP Pulau Pinang dilaporkan mengemukakan lima senarai calon kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk dipertimbangkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei ini sebagai hari pengundian PRK Bukit Gelugor manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei.

Artikel Lain