suria

klia2 Kendali 20,500 Penumpang Sejak Dibuka

klia2 mula beroperasi pada 2 Mei lalu.
KUALA LUMPUR: klia2 telah mengendalilkan 20,500 penumpang sejak dibuka pada 2 Mei.

Operasi Malindo Airways, Lion Air, Tiger Airways International dan Cebu Pacific Airways terus berjalan dengan lancar pada hari ketiga terminal penerbangan tambang rendah baharu itu beroperasi, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan.

"Dari 12.01 tengah malam pada 4 Mei hingga 12.01 tengah malam hari ini, sejumlah 52 penerbangan dan 7,300 penumpang dicatatkan untuk kedua-dua ketibaan dan perlepasan antarabangsa dan domestik.

"Terdapat 32 penerbangan semuanya daripada Malindo Airways, enam daripada Lion Air, 10 oleh Tiger Airways dan empat oleh Cebu Pacific Airways," menurut kenyataan itu.

MAHB berkata sistem pengangkutan awam di hab pengangkutan termasuk teksi, bas dan kereta api laju Express Rail Link (ERL) juga mencatatkan peningkatan penggunaan oleh orang ramai dengan sejumlah 541 perjalanan teksi dan 263 penumpamh bas.

"Perkhidmatan ERL juga mencatat pertambahan trafik apabila orang ramai semakin membiasakan diri dengan perkhidmatan itu," katanya.

AirAsia, AirAsia X, AirAsia Indonesia, AirAsia Thai dan AirAsia Zest akan mula beroperasi di klia2 pada 9 Mei apabila semua penerbangan akan tiba dan berlepas dari klia2.
klia2, MAHB

Artikel Lain