suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, Seorang Lagi Kritikal Dilanggar Kereta Api Di Kuala Krai

Gambar Hiasan. Kemalangan membabitkan kereta api dan motosikal sering membawa padah.

KOTA BAHARU: Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya cedera parah selepas dilanggar kereta api ketika melintas landasan di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, mangsa yang maut Mohamad Aiman Mat Husin, 17, manakala  mangsa yang cedera parah adalah Che Nik Che Awang, 55, dikatakan ingin melintas landasan kereta api itu dari arah Ladang Lepan Kabu ke Kampung Baru Pahi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa dilanggar kereta api itu yang datang dari Kuala Lipis, Pahang menuju ke Tumpat.

"Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan jalan kecil di sebelah pagar landasan kereta api itu untuk melintas setelah laluan untuk pengguna jalan raya melintas ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api itu," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak ke tepi landasan kereta api berkenaan.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan namun Mohamad Aiman meninggal dunia di hospital itu pada pukul 5.05 petang," katanya.

maut, Kuala Krai, Kuala Lipis, kereta api

Artikel Sebelum

Artikel Lain