suria

Najib, Obama Tegaskan Pentingnya Lindungi Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA: Malaysia dan Amerika menegaskan pentingnya melindungi keselamatan maritim serta menjamin kebebasan pelayaran dan penerbangan di seluruh rantau ini, termasuk laluan perairan penting di Laut China Selatan. 

Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas rundingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Barack Obama di sini pada Ahad. 
 
"Kedua-dua pemimpin menegaskan tentang perlunya semua pihak terbabit menyelesaikan pertikaian wilayah dan maritim mereka secara aman, termasuk melalui timbangtara antarabangsa," katanya. 

Mereka berkata penyelesaiaan pertikaian itu perlu dibuat mengikut prinsip undang-undang antarabansga yang diterima sejagat, termasuk Konvensyen Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut. 
 
"Kedua-dua pemimpin menegaskan tentang perlunya semua pihak terbabit mengelak daripada menggunakan kekerasan, ugutan atau paksaan serta mengawal diri ketika menjalankan aktiviti," katanya. 

Kata kenyataan itu, Najib dan Obama mengakui tentang perlunya Asean dan China berusaha dengan gigih untuk mempercepatkan penggubalan satu Kod Tata Laku (COC) di Laut China Selatan. 
 
"Perdana Menteri dan Presiden mengulangi penegasan tentang kepentingan pelaksanaan secara penuh dan berkesan deklarasi mengenai tata laku pihak berkenaan di Laut China Selatan dalam meningkatkan sikap saling mempercayai dan meyakini dalam kalangan semua pihak yang terbabit," katanya. 

China, Taiwan dan empat negara anggota Asean iaitu Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam terlibat dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan. 

Mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global yang diilhamkan Malaysia, kedua-dua pemimpin memuji matlamatnya untuk meningkatkan persefahaman dan sikap sederhana dalam kalangan rakyat daripada pelbagai agama melalui peningkatan penglibatan antara kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat. 

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Obama memuji peranan penting Malaysia dalam memudahkan proses damai di selatan Filipina hingga membawa kepada pemeteraian Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro baru-baru ini.

Kedua-dua pemimpin juga menegaskan sokongan terhadap kerjasama tentera dengan tentera yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Amerika yang menjadi asas kukuh untuk diperluaskan dalam semua bidang. 

Najib dan Obama memutuskan untuk terus membincangkan peluang bagi mengadakan kerjasama praktikal pada masa akan datang dalam bidang maritim, termasuk cara yang boleh dilakukan Amerika untuk menyokong pembinaan keupayaan penguatkuasaan maritim Malaysia melalui penyediaan latihan, peralatan dan kepakaran. 

Menurut kenyataan itu, Obama memuji langkah Malaysia menyumbang tenteranya untuk tugas pengaman dalam misi Pertubuhan Bangsa Bersatu, termasuk di Afghanistan dan Lebanon, serta mengucapkan syabas kepada Malaysia kerana kejayaannya menghantar pasukan perubatan tentera ke Afghanistan. 
 
"Kedua-dua pihak juga komited untuk meningkatkan kerjasama dalam latihan menjaga keamanan melalui Inisiatif Operasi Keamanan Global (GPOI) dan mengalu-alukan sokongan Amerika terhadap Pusat Latihan Pengaman Malaysia," katanya. 

Najib dan Obama mengalu-alukan perluasan hubungan antara industri pertahanan dari kedua-dua negara, yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia. 
 
"Kedua-dua pihak komited untuk berusaha bagi memupuk dan meningkatkan pembabitan dua hala berkaitan pertahanan, termasuk meningkatkan kebolehan operasi antara pasukan bersenjata mereka," kata kenyataan itu. 

Obama sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, lawatan pertama presiden Amerika ke negara ini sejak hampir 50 tahun lepas. Beliau dijadual berlepas ke Filipina pada Isnin. 

Barack Obama, Najib Razak

Artikel Lain