suria

Polis Geledah Koloni Penjenayah Warga Afrika

Warga Afrika yang ditahan dalam Ops Cantas Khas-Ops Tiong di Cheras awal pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR: Polis menggeledah lebih 10 rumah di Kondominium Cendikia, Taman Connaught, Cheras di sini bagi memburu penjenayah warga Afrika yang dikesan melakukan pelbagai jenayah penipuan, awal pagi Jumaat.

Dalam operasi yang melibatkan 232 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan pelbagi agensi kerajaan itu turut menggempur sebuah kafe siber dan kelab malam.

Kedua-dua premis di Taman Connaught itu merupakan koloni warga Afrika sejak hampir 10 tahun lalu serta sering menjadi sasaran pihak berkuasa dalam memburu jenayah warga asing.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) II, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, hasil serbuan, seramai 26 lelaki dan empat wanita ditahan untuk membantu siasatan.

"Mereka terdiri daripada 23 warga Nigeria, Zimbabwe (2), Cameron (2) manakala tiga lagi dari Sudan, Tanzania dan Mauritius.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, seramai 23 daripada mereka mempunyai dokumen sebagai pelajar, manakala tujuh lagi gagal mempamerkan sebarang bukti walaupun mendakwa belajar di kolej berdekatan.

"Pegawai dan anggota yang menggeledah rumah suspek turut merampas enam komputer riba yang dipercayai digunakan untuk suspek melakukan jenayah penipuan menerusi internet," katanya selepas mengetuai Ops Cantas Khas - Ops Tiong kepada pemberita.

Tambahnya, walaupun suspek yang ditahan bertindak agersif dengan mempertikaikan layanan terhadapnya, namun tiada sebarang kecederaan atau insiden buruk berlaku.

Abdul Jalil memberitahu, kesemua tangkapan ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, manakala bagi yang tidak mempunyai dokumen lengkap diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

JSJK selain itu turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika curiga dengan aktiviti warga asing dikawasan penempatan mereka kerana ia dapat membantu pihak berkuasa mengesan sebarang jenayah. 

Nigeria, JSJK, PDRM, Mauritius

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain