Rogol Bawah Umur: Pekerja Kedai Jam Dihukum Penjara 41 Tahun, 12 Sebatan - Semasa | mStar

Rogol Bawah Umur: Pekerja Kedai Jam Dihukum Penjara 41 Tahun, 12 Sebatan

KUALA LUMPUR: Pekerja kedai jam dikenakan hukuman penjara 41 tahun dan 12 kali sebatan atas dua kesalahan merogol remaja bawah umur.

Chai Ruong Huei, 32 juga didapati bersalah kerana mencuri iPad remaja berusia 16 tahun itu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Emelia Kaswati Mohamad Khalid menolak permohonan Ruong Huei untuk menggantung pelaksanaan hukuman.

Beliau mengarahkan hukuman itu dikenakan selepas tamat tempoh kesalahan pertama yang dilakukannya seperti ditetapkan pada 26 Mac lalu. Kes ini masih diperingkat rayuan.

Ruong Huei dikenakan hukuman 18 tahun penjara dan enam sebatan untuk setiap kesalahan merogol gadis itu di sebuah bilik di Hotel New Three Three, Jalan Manis 7, Taman Segar, Cheras antara pukul 2.10 petang hingga 2.30 petang pada 15 September 2012.

Tertuduh juga dihukum penjara lima tahun kerana mencuri iPad gadis itu pada masa dan tempat sama.

Hakim Emelia Kaswati memerintahkan supaya hukuman itu dilaksanakan serentak, bermaksud Ruong Huei akan dipenjarakan selama 18 tahun dengan 12 sebatan.

Terdahulu, peguam bela Mohd Yusuf Ag Lah berkata, Ruong Huei adalah anak sulung daripada tiga beradik yang memikul tanggungjawab membantu keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Malek Fauzie bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan kesan perbuatan tertuduh bukan sahaja kepada mangsa, juga masyarakat.


Mahkamah Sesyen , rogol , sebatan , penjara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Lelaki Berulat Dalam Longkang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain