suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH192 Mendarat Selamat Di KLIA

Pesawat MH192 mendarat dengan selamat di KLIA. Foto EPA

PETALING JAYA: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam penerbangannya ke Bengaluru (Bangalore) yang terpaksa berpatah balik, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Isnin.

MAS menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan bahawa pesawat Boeing 737-200 itu mendarat pada pukul 1.56 pagi, selepas salah satu daripada gear pendaratannya mengalami masalah ketika berlepas. 

Sebelum itu, MAS mengeluarkan kenyataan bahawa Penerbangan MH192, yang berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam ke Bengaluru, terpaksa berpatah balik.

Ia dijadualkan tiba di Bengaluru, India pada pukul 11.35 malam hari yang sama. 

Pesawat itu membawa seramai 166 orang, termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.

MH192, Malaysia Airlines, MAS, KLIA

Artikel Lain