suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Pengangkutan Akan Kaji Semula Prosedur Keselamatan Ekoran Insiden MH192

Abdul Aziz Kaprawi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula prosedur keselamatan standard sebelum berlepas bagi semua penerbangan selepas insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bengalaru (Bangalore), India, yang terpaksa berpatah balik berikutan mengalami masalah gear pendaratan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, prosedur operasi standard sebelum pelepasan itu perlu diperhalusi untuk memastikan semua penerbangan boleh terbang ke destinasi dengan selamat.

"Kami telah mengarahkan siasatan mengapa berlakunya siri masalah teknikal melibatkan pesawat MAS.

"Kami gembira kerana juruterbang selamat mendaratkan pesawat itu dan mengikut SOP," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Pesawat MH192 terpaksa berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, MAS menerusi kenyataannya di Twitter memberitahu bahawa pesawat Boeing 737-800 selamat mendarat pada pukul 1.56 pagi Isnin.

Pesawat itu membawa 166 orang, termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.


Artikel Sebelum

Artikel Lain