suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pinda Undang-Undang Elak YB Letak Jawatan - Shahidan

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri wajar menggalas tanggungjawab yang diberi pengundi

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan meminda undang-undang termasuk mengenakan hukuman berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa alasan munasabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, cadangan itu antara perkara diperincikan kerana hukuman sedia ada iaitu wakil rakyat yang berbuat demikian dilarang daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun, tidak mampu mencegah perbuatan itu daripada berlaku.

"Kita akan perincikan perkara ini dari semasa ke semasa bagi tujuan mencegah perbuatan seumpama ini.

"Walaupun kerajaan tidak mempunyai hak untuk menghalang seseorang wakil rakyat untuk berbuat demikian, namun semua cadangan penambahbaikan mengenai cara mencegah perbuatan itu akan dikaji kerajaan," katanya dalam sidang Dewan Negara, Isnin.

Shahidan menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Ahamat @ Ahamad Yusop.

Artikel Lain