suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Undang-Undang Sedia Ada Diperinci Bendung Jenayah Alam Sekitar

Ayub Yaakob.
KUALA LUMPUR:  Polis akan memperincikan undang-undang sedia ada bersama agensi kerajaan berkaitan bagi membanteras jenayah alam sekitar khususnya melibatkan kecurian khazanah hutan negara.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata polis bersedia melihat ruang kerjasama yang boleh dilakukan terutama berkaitan risikan dan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undang apa yang kita ada memadai, cuma dari segi macam mana kita nak buat satu usaha berterusan melibatkan perancangan yang berkesan dan efektif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Save The Nature' di Cheras di sini Sabtu.

Antara isu yang perlu diberi perhatian ialah sindiket pemburuan haram serta insiden kecurian kayu balak dan kayu gaharu.

Sehubungan itu, Ayub berkata polis akan bekerjasama lebih erat dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Menurutnya, ini penting dalam merencana strategi terkini bagi menjalankan operasi bersepadu untuk membendung jenayah alam sekitar.

Artikel Lain