suria

MERS-CoV: Penduduk Kampung Bintang Laut Dikuarantin

Ayub Rahmat (dua dari kanan) melihat seorang penduduk menjalani ujian saringan MERS-CoV di Kampung Bintang Batu Pahat, Johor

Batu Pahat: Seramai 64 penduduk Kampung Bintang Laut, dekat sini, dikuarantin di rumah masing-masing sejak Rabu kerana mempunyai tanda awal Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) susulan kematian seorang penduduk akibat penyakit itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata keseluruhannya 1,000 lagi penduduk termasuk saudara mara lelaki yang meninggal itu diminta menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital berhampiran.

"Mereka yang dikuarantin adalah sebahagian daripada 100 penduduk kampung yang menjalani pemeriksaan bagi mengesan jangkitan MERS-CoV.

“Ini kes pertama di negara ini dan kita mengambil tindakan serius dengan membuka Pusat Pemeriksaan Khas Jangkitan MERS-CoV sejak Isnin lalu bagi mengekang penyakit ini daripada merebak," katanya.

Ahad lalu, seorang lelaki berusia 54 tahun yang baru pulang mengerjakan umrah meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Johor juga sedang mengenal pasti 12 daripada 18 jemaah yang mengerjakan umrah bersama mangsa bagi pemantauan.

Katanya, enam lagi iaitu empat dari Johor Bahru dan dua dari Kluang, sudah menjalani pemeriksaan, di mana dua daripada empat jemaah dari Johor Bahru itu dikesan mengalami tanda awal MERS-CoV dan kini dalam pemerhatian, manakala empat lagi disahkan sihat.


mers, umrah, kuarantin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain