suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditemui Dalam BMW

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui rentung dalam sebuah kereta dalam kebakaran dua buah kenderaan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Desa, di sini awal pagi Jumaat.

Pengarah Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kebakaran dipercayai perbuatan khianat di Kondominium Danau Murni itu melibatkan kereta jenis BMW dan Proton Iswara.

Katanya, wanita yang ditemui maut dalam kereta BMW itu dipercayai terperangkap dalam kenderaannya ketika kebakaran.

"Kami (bomba) menerima panggilan kecemasan pukul 5.56 pagi sebelum menghantar sebuah jentera bersama-sama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke tempat kejadian. Kebakaran dikawal sepenuhnya setengah jam kemudian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata polis sedang menyiasat identiti wanita itu.

"Kita sudah ada butiran pemilik kenderaan tapi masih belum dapat pastikan adakah mangsa adalah pemilik kereta itu," katanya.

Katanya, pasukan forensik telah dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.


Taman Desa, Danau Murni

Artikel Lain