suria

Polis Mesti Ikut Perintah Mahkamah Tinggi - Majlis Peguam

S.Deepa bersama seorang lagi anaknya, V.Sharmila, 9.
PETALING JAYA: Polis perlu menegakkan undang-undang sekular dan melaksanakan perintah yang diberikan oleh badan kehakiman sekular, kata Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong.

"Bapa yang memeluk Islam hendaklah mematuhi perintah Mahkamah Tinggi dan polis berkewajipan untuk membantu ibu yang bukan beragama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pendirian polis yang tidak akan menyiasat dakwaan seorang bapa melarikan anak lelakinya berusia enam tahun dari rumah bekas isterinya walaupun Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan dua anak mereka.

Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia, Musa Awang berkata, ibu kepada kanak-kanak itu boleh memohon perintah kerana menghina mahkamah terhadap bekas suaminya.

deepa
S. Deepa menunjukkan gambar anak lelakinya, V. Mithran, 6, yang didakwa dilarikan oleh bekas suaminya yang kini memeluk Islam, Izwan Abdullah.

"Masalah berhubung penyelesaikan hak jagaan anak antara ibu bapa Islam dan bukan Islam sudah lama berlaku kerana kedua-dua pihak boleh mendapatkan perintah jagaan secara berasingan di mahkamah sivil dan mahkamah Syariah.

"Masalah berhubung penyelesaikan hak jagaan anak antara ibu bapa Islam dan bukan Islam sudah lama berlaku kerana kedua-dua pihak boleh mendapatkan perintah jagaan secara berasingan di mahkamah sivil dan mahkamah Syariah.

"Keperluan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak perlu diutamakan dan hak penjagaan biasanya diberikan kepada ibu," katanya.

Sementara itu tambah Leong, semua rakyat Malaysia tanpa pengecualian tertakluk kepada dan terikat oleh mahkamah sekular.

"Bapa dan ibu kedua-duanya terikat dengan perintah Mahkamah Tinggi manakala perintah mahkamah Syariah tidak terpakai kepada ibu," katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi di Seremban memberi hak penjagaan kedua-dua anak mereka kepada ibu kandung, S. Deepa , 31.

Artikel Sebelum

Wanita Ditemui Dalam BMW

Artikel Berikut

Artikel Lain