suria

Remaja Dipukul Empat Lelaki Sehingga Mati

Ameer Mustaqim

GEORGE TOWN: Seorang remaja dipukul sehingga mati dengan menggunakan topi keledar oleh sekumpulan lelaki selepas dia meminta suspek berhenti membuat bising di Promenade IJM Sungai Pinang, Jelutong, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi itu, Ameer Mustaqim Naharuddin , 19, dipukul berkali-kali di kepala dan muka oleh empat suspek sehingga di maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, sebaik mendapat laoran mengenai kejadian itu, sepasukan unit forensik dan pasukan siasatan telah dikejarkan ke lokasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemui serpihan topi keledar yang dipercayai telah digunakan suspek untuk memukul mangsa sehingga mati.

"Setakat ini rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berseorangan dan suspek melarikan diri dengan dua buah motosikal.

Mangsa juga dikatakan telah menegur kumpulan suspek secara seorang diri semasa kejadian.

Mazlan menambah, polis ketika ini turut merekodkan keterangan daripada rakan-rakan mangsa.

Bapa Ameer Mustaqim iaitu Naharuddin Yusoff, 45, berkata, kali terakhir dia menemui anaknya ialah pada pukul 11 malam itu.

"Pada malam itu juga saya meminta Ameer pulang awal kerana dia berkerja pada keesokannya dan dia membalas  akan pulang lebih awal, tetapi tidak sangka pula perkara seperti itu akan berlaku.

"Walaupun Ameer sering keluar malam bertemu rakan-rakan tetapi dia seorang yang berdisiplin kerana akan keluar berkerja pada pukul 7.30 pagi.

Jelutong, Promenade, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain