suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tubuh Suruhanjaya Pastikan Tindakan Terhadap Pesalah Dalam Laporan AG - Gerakan

Penolong Juruaudit Jabatan Audit Negara, Norhasniza Norkhalid melihat Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 yang mula dikeluarkan di Bangunan Parlimen, Isnin lalu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan pada Rabu menggesa kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk memantau punca berlaku kehilangan besar wang pembayar cukai seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (AG).

Kerajaan juga perlu mengemukakan laporan mengenainya kepada Parlimen, kata ketua Pemuda parti itu Tan Keng Lian.

Dalam kenyataan pada Rabu, beliau berkata laporan itu sepatutnya merupakan laporan tahunan tentang tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Katanya jika tiada badan khusus ditubuhkan untuk memantau dan membuat kajian semula tahunan tentang tindakan yang diambil terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan AG, maka semua Laporan AG pada masa akan datang tidak mempunyai makna.

Beliau berkata Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu melaporkan kepada suruhanjaya itu tentang tindakan yang telah mereka ambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Artikel Lain