suria

Bible Dirampas: MB Selangor Cadang PBM Tulis Surat Kepada Peguam Negara

Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar Pertubuhan Bible Malaysia (PBM)  menulis surat kepada Peguam Negara bagi menuntut kembali 300 buah bible yang dirampas.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan itu diberikan setelah mengambil kira daripada pelbagai aspek.

“Hal ni juga bagi menunjukkan kesungguhan dan keinginan pihak tersebut untuk mendapatkan semula bible yang dirampas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Menurut Abdul Khalid, tindakan membuat rayuan adalah lebih relevan daripada desakan berterusan kepada pihak berkuasa.

Pada 1 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu PBM di Damansara Kim dan menahan dua orang pegawai iaitu Pengerusi, Lee Min Choon dan Setiausaha Agungnya, Simon Wong.

Artikel Lain