suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

TAWAU: Dua buah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Bombalai di 19.2 kilometer dari pusat bandar, awal pagi Sabtu.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzex berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.50 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian bersama dua jentera serta sembilan anggota.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kebakaran telah merebak 80 peratus memusnahkan bangunan kedai sementara (jenis papan) melibatkan kedai runcit dan kedai kopi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya dapat mengawal api pada pukul 3.13 pagi dalam tiga jam operasi. 

Rudy berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku manakala punca kebakaran dan kerugian masih disiasat.

Artikel Lain