suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan PKR: Tian Chua Sah Cabar Azmin, Khalid

Tian Chua.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  pada pemilihan parti itu Mei ini.

Yakin menerima sokongan padu daripada ahli akar umbi, Tian yang kini penyandang jawatan Naib Presiden PKR menyifatkan beliau mempunyai kelayakan untuk menduduki kerusi nombor dua parti itu.

"Saya menerima sokongan yang baik daripada ahli. Malah saya yakin mempunyai suara yang kuat untuk memajukan parti ini," katanya.

Menerusi pemilihan parti itu Mei ini, Tian bakal menentang penyandang jawatan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Turut memberi tentangan bagi jawatan itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut hadir menyerahkan borang pencalonannya.

Seorang lagi nama yang disebut-sebut bakal memberi saingan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ditanya mengenai kemampuannya untuk menentang dua nama besar bagi jawatan tersebut, Tian berkata pengalamannya dalam PKR cukup melayakkannya untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada parti.

"Saya bukan big gun? Sebenarnya saya lebih senior daripada yang lain sejak parti ini ditubuhkan.

"Saya kekal berada dalam kedudukan tertinggi parti sejak awal lagi," katanya.

Artikel Lain