suria

PRK Balingian: BN Jangka 70% Keluar Mengundi Selepas Adakan Kempen Intensif

Leo Michael Toyad Abdullah.

MUKAH: Kehadiran pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Balingian pada Sabtu dijangka boleh melebihi 70%, kata pengarah gerakan Barisan Nasional (BN) bagi PRK Balingian, Datuk Seri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah.

"Saya yakin kehadiran pada hari ini akan melebihi berbanding sebelumnya," kata  Toyad kepada The Star, selepas beliau mengundi di SK St Patrick di sini, Sabtu.

Ahli Parlimen Mukah itu berkata, kempen intensif BN merupakan satu faktor bagi menjangkakan jumlah pengundi untuk keluar mengundi begitu tinggi, ditambah pula ia berlaku semasa cuti sekolah.

"Kita fikir seluruh keluarga akan mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman. Tambahan pula, cuaca kelihatan baik pada hari ini," katanya.

Terdapat sejumlah 13,366 pengundi berdaftar di PRK Balingian, di mana 133 adalah pengundi awal.

Dalam pilihan raya negeri 2011, para pengundi memilih bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru .

PRK Balingian ini menyaksikan perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu antara calon BN, Yussibnosh Balo dan Pakatan Rakyat Abdul Jalil Bujang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Kedua-duanya mempunyai asal-usul dalam Balingian di mana Yussibnosh merupakan penduduk tempatan dan nenek Abdul Jalil berasal dari Kampung Lintang, dekat Pekan Balingian.

Artikel Lain