suria

MH370: MAS Terima Salinan Petisyen Mahkamah AS

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis berkata ia menerima salinan petisyen yang difailkan di mahkamah Amerika Syarikat, bagi pihak seorang penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang hilang, terhadap pengeluar pesawat, Boeing Company, dan MAS.

MAS berkata peguamnya sudah dimaklumkan mengenainya dan bersedia menguruskan kes itu 'walaupun ia belum diserahkan secara formal'.

"Kami faham bahawa ini bukan saman tetapi permohonan menerusi mahkamah untuk memperoleh maklumat," kata MAS dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pencarian oleh pasukan keselamatan pelbagai negara sedang giat dilakukan di koridor selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat syarikat penerbangan negara itu.

MAS, MH370, Bursa Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain