suria

MH370: Polis Janji Siasat Secara Menyeluruh

Khalid

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan menyeluruh bagi mengetahui misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya berjanji untuk tidak mengambil mudah dalam siasatan itu bagi mendapatkan maklumat terperinci.

"Polis sedang melakukan segalanya untuk mendapatkan kebenaran apakah yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat berkenaan.

"Malah, kami tidak menolak apa sahaja petunjuk yang ada dalam siasatan itu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambahnya, bagaimanapun, khabar angin dan penyebaran maklumat palsu boleh mengalih perhatian pihak berkuasa ketika menjalankan siasatan.

"Saya menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes ini.

"Maklumat akan didedahkan pada masa yang sesuai kerana kami tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan," katanya.

Khalid memberitahu, polis setakat ini telah merekodkan kenyataan daripada 125 individu termasuk keluarga anak kapal serta kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).



MH370, DCA, MAS, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain