suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MTUC Cadang Cola Pekerja Swasta Diwajibkan

Abdullah Sani ketika ditemui pemberita.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan mewajibkan majikan swasta membayar elaun sara hidup (Cola) kepada pekerja mereka.

Timbalan Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata perkara itu boleh dilaksana menerusi perintah gaji minimum yang sudah dikuat kuasa oleh kerajaan.

"Saya menyeru kementerian mengambil peluang memasukkan Cola ke dalam (perintah) gaji minimum, jadikan akta, wajib bayar dan siapa yang tidak bayar dihukum RM10,000 atau dipenjara," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Khamis.

Pada Disember lalu MTUC mencadangkan agar Cola sebanyak RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanapun Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menolak cadangan itu kerana dilihat akan membebankan majikan.

Sementara itu, Presiden MTUC Khalid Atan ketika dihubungi Bernama, berkata berikutan pendirian MEF tersebut, MTUC meminta kerajaan campur tangan bagi mencari kata sepakat.

"Kerajaan perlu campur tangan dan MTUC tidak akan menolak sekiranya perlu untuk duduk bersemuka dan mengadakan perbincangan bersama," katanya.

MTUC, Cola, MEF

Artikel Lain