suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Cedera Disimpah Asid Oleh Rakan

PASIR PUTEH: Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun cedera selepas disimbah asid oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Banggol Pak Esah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata kejadian berlaku pukul 10.15 malam ketika kedua-duanya iaitu Tuan Zulashraf Tuan Yaacob, 14, dan Emi Azman, 22, berada di sebuah gerai menjual burger.

"Seorang lelaki yang menunggang motosikal menghampiri mereka dan menyimbah cecair yang diisi di dalam botol sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya akibat kejadian itu Emi mengalami cedera parah di muka dan badan serta dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, manakala Zulashraf pula menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis di sini.

Katanya siasatan awal polis mendapati suspek dikenali oleh mangsa.

Pasir Puteh, Polis, Asid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain