Laporan Pesawat MAS Dilanggar Itik Tidak Benar, Penerbangan Ke Seoul Dilencongkan Sebagai Langkah Berjaga-Jaga - Semasa | mStar

Laporan Pesawat MAS Dilanggar Itik Tidak Benar, Penerbangan Ke Seoul Dilencongkan Sebagai Langkah Berjaga-Jaga

Ahmad Jauhari Yahya.

KUALA LUMPUR: Laporan berita Nepal yang mengatakan bahawa krew kokpit Penerbangan Malaysia (MAS) tidak memberitahu pengawal trafik udara bahawa pesawat itu telah dilanggar sekumpulan itik di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu di Nepal adalah tidak tepat.

"Berkenaan Kathmandu, ianya tidak benar. Juruterbang segera memaklumkan kawalan trafik udara dan mengemukakan laporan ketika mendarat. Jadi perkara ini tidak benar berhubung insiden di Kathmandu," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Beliau menjelaskan bahawa lampu pendaratan di landasan yang pecah, dan bukannya cermin hadapan pesawat seperti yang dilaporkan.

Kathmandu Post melaporkan bahawa anak-anak kapal kokpit penerbangan itu tidak memberitahu dengan segera kepada kawalan trafik udara berhubung kejadian itu, dan kapten penerbangan hanya mengesahkan 'ia dipercayai dilanggar burung' selepas anak-anak kapal Jet Airways melaporkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang bahawa mereka melihat kaca di landasan.

Setelah melakukan pemeriksaan, pegawai lapangan terbang mendapati sekurang-kurangnya 10 ekor itik mati dan terdapat serpihan kaca di landasan. Serpihan itu kemudiannya dibersihkan dan lapangan terbang kembali beroperasi seperti biasa selepas setengah jam.

Para pegawai menemui dua lagi itik mati semasa pemeriksaan rutin pada Sabtu.

Ahmad Jauhari berkata, ia bukan satu isu keselamatan yang menyebabkan penerbangan MAS ke Incheon, Seoul dilencongkan untuk mendarat di Hong Kong.

"Ia mempunyai masalah teknikal dengan generator pesawat itu, dan sebagai langkah berjaga-jaga kita melencongkan pesawat itu supaya mendarat di Hong Kong. Ia bukan satu isu keselamatan per se, ia adalah satu isu teknikal pesawat," katanya.

Dilaporkan bahawa MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul pada Ahad dilencongkan ke Hong Kong kerana generator pesawat gagal berfungsi.

Pengurus perhubungan media MAS, Kharunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pesawat Airbus A330 -300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

Katanya, bekalan tenaga terus dibekalkan oleh unit kuasa tambahan.

"Pesawat itu kemudian dilencongkan Hong Kong bagi pembaikan dan mendarat dengan selamat," tambah beliau.

MH066 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 11.37 malam  Ahad dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada pukul 6.50 pagi (5.50 pagi waktu tempatan) Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain