Ketepi Fahaman Politik Demi Islam - Muhyiddin - Semasa | mStar

Ketepi Fahaman Politik Demi Islam - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) bersalaman bersama para jemaah semasa hadir menunaikan solat Jumaat sebelum menghadiri Jamuan Rakyat di Masjid Jabatan Penjara Kajang, Jumaat. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff (kiri).- fotoBERNAMA
KAJANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahankan kesucian Islam tanpa mengira fahaman politik.

Menurut beliau, perpecahan yang disebabkan perbezaan politik hanya akan merugikan umat Islam keseluruhannya.

"Kita sedar dalam sistem demokrasi rakyat mempunyi hak untuk menyuarakan pandangan, kita tak ada sekatan.

"Kalau adapun pandangan politik yang berlainan, ia tidak harus mencetuskan perbalahan dan perpecahan," katanya ketika berucap pada majlis jamuan makan tengahari selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang di sini, Jumaat.

Menurut beliau, amalan perkongsian kuasa yang diamalkan kepimpinan  terdahulu meletakkan Malaysia sebagai negara contoh terutamanya dalam soal menguruskan perbezaan agama, kaum dan pandangan politik.

"Negara luar memberi pengiktirafan kepada kita. Malah Malaysia juga menjadi ikutan dalam soal pengurusan ekonomi Islam seperti perbankan Islam, tabung haji dan lain-lain," katanya.

Selain itu tegas beliau, umat Islam juga harus mengelak daripada terpedaya dengan desakan pihak tertentu untuk mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Kita mesti bersatu untuk pertahankan kedudukan Islam. Tapi asasnya ialah penyatuan antara umat Islam perlu dikekalkan walaupun berbeza pandangan politik," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain